Sunday, December 21, 2008

Profil Syarikat


Nama Syarikat: Poly Aqua Farm
Aktiviti: -Menternak dan Menjual Ikan Keli


Hubungi: Rozi Ismail 013-3016572 Mat Noh - 012-6141456


Poly Aqua Farm telah didaftarkan sebagai sebuah syarikat yang membuat ternakan ikan air tawar secara komersial dan beroperasi sepenuhnya di Sg. Balang Besar, Muar, Johor oleh En. Rozi bin Ismail dan keluarga. Pada ketika ini, ternakan yang telah diusahakan adalah ikan keli dengan penggunaan pallet sepenuhnya sebagai makanan asas.

Dengan menggunakan kaedah ternakan yang terkini, kami menggunakan sistem ternakan ikan keli dalam tangki poly yang lebih banyak kelebihannya berbanding kaedah sedia ada. Tangki ini mampu menampung sehingga 3300 liter air dan boleh memuatkan sehingga 2000 ekor ikan keli yang bersaiz pasaran.


Sekitar tapak ternakan ikan keli Poly Aqua Farm

Kalau nak 'water level' cantik, tapak pun nak kena cantik le jugak
2 minggu nak siapkan tapak ni (siap beli mesin bancuh simen tu..)
Sistem RAS yang paling 'simple' , mudah dan paling murah, tujuannya...
..nak tapis air dari sisa makanan, kotoran dengan menggunakan filter

..dapat hidupkan air dari mati (regenerate)
..kandungan oksigen dalam air juga dapat ditingkatkan

Ikan ni suka lompat, elok letak jaring, burung pun tak dapat ambik benih

Gambar keseluruhan 4 tangki

Satu tangki saiz 7' dia. x 3' t, boleh muat 2000 ikan keli
Tangki segiempat pun ada, yang ni boleh +- 700 ekor je

Yang ni projek paling superb...240 tangki buat ikan keli

Bayangkan kalau le kita yang punye..............

Ternakan yang pertama, masih dalam trial and error lagi
Ni ada la dlm lebih kurang 2000 ekor, CNY harvest le....

Ni pun dah boleh jual gak, satu kilo 7 ekor +-


5 comments:

  1. Banyaknya ikan...Sedapnya kalau digoreng..

    ReplyDelete
  2. salam en rozi. kos utk sebuah tong tu berapa ye?

    filter air tu dh siap sekali ke? mana saya boleh dptkn tong ini?

    ReplyDelete
  3. induk-induk UDANG KARA AIR TAWAR utk dibiakkan layari http://redclawlobster.blogspot.com @ 0177497853 utk info lanjut.

    ReplyDelete
  4. keli mmg sedap dimakan, senang nak bela (nyawa dia liat) dan tak susah nak maintain jika dibanding dgn ikan2 lain, terutamanya ikan marine (nak kena maintain salinity lagi, senang nak kiok, tak nak makan pallet sgt n sbgainya)...baguih ternak ikan keli ni, nak hasilkan benih dia pun sempoi ja kan? asalkan ada ovaprim n tanki penetasan, jalan... penyakit dia pun tak hebat sgt...baguih2, teruskan usaha ^^

    ReplyDelete
  5. adakah anda masih beroperasi ?

    ReplyDelete